Sila ambil perhatian. Bagi pelajar yang telah menghilangkan buku teks SPBT, pelajar berkenaan seboleh-bolehnya dikehendakki menggantikan semula buku teks berkenaan. Sebagai panduan, sila dapatkan buku teks di kedai berikut:
- Syarikat Harfa Seberang Jaya ( Bersebelahan Hotel Sunway )
- Syarikat Adam, Taman Rozhan, Bukit Mertajam
- Tan Mark Books Store, Pulau Tikus
dan juga kedai - kedai buku yang menjual buku buku teks.
Monday, November 3, 2008
Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008
Thursday, October 23, 2008
Taklimat SisteksBBT Ver.2 Kumpulan 7 & 8
Taklimat tersebut akan dihadiri oleh guru guru SPBT sekolah menengah dan rendah daerah Timur Laut. Kumpulan 7 pada 10 dan 11 November dan kumpulan 8 pada 12 dan 13 November. Surat panggilan akan dihantar ke sekolah masing masing. Sebagai peringatan semasa menghadiri taklimat, sila bawa:
- komputer riba
- 'extension cable'
- Data SMM dalam disket atau 'pendrive'(datahem.zip)
- Senarai stok buku
- Senarai nama guru kelas
- komputer riba
- 'extension cable'
- Data SMM dalam disket atau 'pendrive'(datahem.zip)
- Senarai stok buku
- Senarai nama guru kelas
Monday, October 20, 2008
Update SisteksBBT Ver.2
Program SisteksBBT Ver.2 ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Oleh itu guru guru boleh download sistem yang terkini dari laman web (di bawah). Sila download sistem yang terkini (lihat tarikh kemaskini) dan install semula ke dalam komputer anda. Tapi sebelum install, perlu dibuat backup/eksport dahulu data yang sedia ada dan restore/import data tersebut semula setelah selesai install. Ini PENTING kerana semasa proses install berlaku, ia akan padam semua data yang ada dalam komputer. Sila ikut prosedur yang diberikan semasa taklimat.
http://www.greensilicon.com/docs/sisteks/
download :
sisteksv2.exe
http://www.greensilicon.com/docs/sisteks/
download :
sisteksv2.exe
Taklimat SisteksBBT Ver.2 Kumpulan 5 & 6
Taklimat ini diadakan pada 20,21 dan 22,23 Oktober 2008. Kumpulan 5 adalah untuk guru guru SPBT sekolah rendah kawasan utara dan kumpulan 6 untuk guru guru SPBT sekolah menengah sekolah di kawasan seberang perai. Dua Penolong Pengarah dari Bahagian Buku Teks, En NIk MOhd Fakhruddin dan En kamaruddin telah sudi hadir menyampaikan taklimat tersebut.
Sunday, October 19, 2008
Kursus Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Kepada Guru SPBT Baru
Kursus tersebut telah di adakan di Kondo Istana, Langkawi pada 13 hingga 15 Oktober 2008. Ia disertai oleh guru guru SPBT yang baru dilantik dan mereka yang belum pernah menghadiri kursus pengurusan SPBT. Mereka didedahkan kepada panduan asas bagaimana untuk menguruskan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah masing masing. Turut hadir menyampaikan kursus tersebut adalah En Mohd Nik Fakhruddin b Nik Ab Rahman, Penolong Pengarah, Sektor Skim Pinjaman Buku Teks, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tuesday, August 26, 2008
Taklimat SisteksBBT Ver.2 Kum. 4



Taklimat seterusnya akan dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Wednesday, August 20, 2008
Buku Terbitan Baru Kegunaan 2009
Buku buku yang disenaraikan di bawah adalah buku terbitan baru untuk kegunaan tahun 2009.Penyata bekalan BTBTB460 telah diedarkan ke sekolah. Ada juga sekolah yang akan menerima penyata bekalan BTBTZ460. Sila semak pesanan dan bekalan sekolah masing masing.
.: B412057 BAHASA ARAB TAHUN 2 SK (BT)
.: B412068 BAHASA ARAB TAHUN 2 SK (BLA)
.: B033047 BAHASA CINA TABUN 2 SK
.: B043041 BAHASA TAMIL TAHUN 3 SK
.: F085069 PEND. SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 5
.: F412084 BAHASA ARAB TINGKATAN 2
.: B412057 BAHASA ARAB TAHUN 2 SK (BT)
.: B412068 BAHASA ARAB TAHUN 2 SK (BLA)
.: B033047 BAHASA CINA TABUN 2 SK
.: B043041 BAHASA TAMIL TAHUN 3 SK
.: F085069 PEND. SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 5
.: F412084 BAHASA ARAB TINGKATAN 2
Tuesday, August 12, 2008
Berita Kursus SisteksBBT ver.2 dalam EDUWEBTV

Kursus SisteksBBT ver.2 Daerah Barat Daya.
Sila layari pautan di bawah untuk berita penuh (news 10 August)
www.eduwebtv.com
Pelupusan Buku Teks
Borang borang pelupusan yang telah dihantar ke JPN kini sedang diproses. Pihak kontraktor pelupusan akan memungut buku buku berkenaan setelah mendapat kelulusan JPN mengikut kelompok masing masing. Pihak sekolah tidak dibenarkan untuk menghubungi kontraktor. Pihak sekolah juga dinasihatkan tidak menghantar borang yang sama untuk kali kedua untuk mengelakkan pertindihan kelulusan. Pastikan arahan pada surat kelulusan dipatuhi dan sila kembalikan perkara - perkara berkaitan ( seperti yang tercatat pada surat ) ke JPN dalam masa 7 hari daripada tarikh buku teks pelupusan diambil.
Monday, August 4, 2008
eMATEKS - PENTING!
Berdasarkan kepada laporan yang diterima, pihak JPN Pulau Pinang mendapati masih terdapat banyak sekolah yang masih belum membuat pelaporan eMATEKS. Kegagalan pihak sekolah untuk membuat laporan berkenaan akan menyukarkan pihak JPN dan kementerian untuk memantau pembekalan buku teks ke sekolah. Pihak sekolah diminta untuk membuat laporan eMATEKS dengan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Surat peringatan akan dihantar ke sekolah jika sekolah tersebut masih belum membuat sebarang laporan sehingga 15 Ogos ini. Sila muat turun panduan penerimaan jika ada sebarang masalah.
Sunday, August 3, 2008
Taklimat SisteksBBT Ver.2 Kumpulan 3

Taklimat ini akan di adakan di SK Balik Pulau pada 5 dan 6 Ogos 2008. Pegawai - pegawai dari Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran telah dijemput untuk memberikan taklimat tersebut. Taklimat ini akan dihadiri oleh guru - guru SPBT sekolah SK, SJKC, SJKT dan dua SMK dari daerah barat daya. Sila bawa bahan - bahan yang disenaraikan.
- Sila eksport data SMM yg terkini dalam bentuk Zip file ke dalam disket atau
'pendrive'
- Bawa laptop yang masih berfungsi dengan baik.
Friday, July 25, 2008
Taklimat Sisteks BBT Ver.2 Kumpulan 2


Taklimat tersebut akan diadakan di SK Seri Tasek, Seberang Perai Selatan. Taklimat ini adalah untuk guru guru SPBT SK, SJKC dan SJKT daerah Seberang Perai Selatan sahaja. Surat panggilan telah dihantar ke sekolah masing masing. Sila bawa bahan bahan seperti yang dinyatakan di dalam surat. Pastikan juga laptop yang dibawa berfungsi dengan baik.
Monday, July 14, 2008
Taklimat SisteksBBT Ver.2 Kumpulan 1
Taklimat SisteksBBT Ver.2 kumpulan 1 akan diadakan pada 16 dan 17 Julai di PPD Selatan. Peserta kumpulan 1 terdiri daripada Penyelaras BOSD dan Jurulatih Utama. Surat panggilan telah pun dihantar ke sekolah. Para peserta dikehendaki membawa bahan - bahan berikut semasa menghadiri taklimat :
- Komputer Laptop
- "extension cable"
- Data HEM yang telah dikemaskini
- Senarai stok
- Komputer Laptop
- "extension cable"
- Data HEM yang telah dikemaskini
- Senarai stok
Wednesday, July 9, 2008
Pertandingan Bilik BOSS Peringkat Kebangsaan 2008




Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau dan Sekolah Kebangsaan Seri Tasek telah di calonkan untuk mewakili negeri Pulau Pinang dalam Pertandingan Bilik BOSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 bagi kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan. Penilaian telah diadakan pada 9 dan 10 Julai dan diadili oleh dua orang pegawai dari Bahagian Buku Teks iaitu En. Mohd Helmi B Mahat dan En Kamaruddin B. Ismail.
Monday, June 30, 2008
Laporan eMATEKS
Semua sekolah di Pulau Pinang dikehendaki untuk membuat laporan Penerimaan Bekalan Buku Teks secara on line. Cara untuk membuat laporan ini terdapat di dalam Panduan Penerimaan Buku Teks di bahagian Muat Turun. Sila copy dan paste URL di bawah atau klik pautan eMATEKS untuk ke laman web tersebut.
http://www.bbtcentral.moe.gov.my/emateks
http://www.bbtcentral.moe.gov.my/emateks
Thursday, June 26, 2008
Panduan Penerimaan Bekalan Buku Teks
Sub Unit Buku Teks, JPN mendapati terdapat ramai guru - guru SPBT yang masih kurang memahami tatacara penerimaan bekalan buku teks. Ini berlaku mungkin disebabkan pertukaran guru SPBT berkenaan. Ada guru yang menghantar semula penyata 460 yang diterima ke Unit HEM sebelum penerimaan buku teks berakhir. Oleh yang demikian, semua sekolah perlu memuat turun Panduan Penerimaan Bekalan Buku teks dan meneliti serta mamatuhi tatacara penerimaan tersebut. Panduan itu boleh di dapati pada ruangan "Muat Turun"
Sunday, June 15, 2008
Maklumat Penting!
Makluman penting kepada semua guru-guru dan murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang menggunakan Buku Teks Mathematics Year 6, Mathematics Year 5 dan Science Year 5 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila copy dan paste pautan ini :
http://www.moe.gov.my/bbt/makluman_erata.php
http://www.moe.gov.my/bbt/makluman_erata.php
Thursday, June 12, 2008
Laporan Kerosakan Buku Teks
Surat Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan Laporan Kerosan Buku Teks telah dihantar ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Laporan ini adalah untuk buku yang akan diterima bagi kegunaan 2009. Pihak sekolah dikehendaki memeriksa kualiti buku tersebut berdasarkan panduan yang diberikan. Sekiranya buku tersebut tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan, pihak sekolah perlu melengkapkan Borang LKSPBT dan hantar terus ke Bahagian Buku Teks.
Pesanan Buku Teks Kegunaan 2009
Pihak sekolah sepatutnya telah menerima penyata pesanan buku teks kegunaan 2009 BTBTR460. Pihak sekolah akan menerima buku berdasarkan penyata berkenaan. Sila semak penyata tersebut dan sila ikut garis panduan penerimaan buku teks. Panduan tersebut boleh di perolehi di ruangan 'Muat turun'. Pihak jabatan memohon pihak sekolah agar panduan penerimaan ini diikuti sepenuhnya.
Bagi sekolah yang belum menerima penyata berkenaan, sila hubungi Sub Unit SPBT di Unit HEM, JPN dengan segera.
Terima kasih.
Bagi sekolah yang belum menerima penyata berkenaan, sila hubungi Sub Unit SPBT di Unit HEM, JPN dengan segera.
Terima kasih.
Saturday, March 29, 2008
Keperluan Tambahan Buku Teks 2008
Pada Taklimat Pengisian Borang Pesanan 190 - Pesanan Buku Teks kegunaan 2009 yang lalu, sekolah dikehendaki mengisi borang Tambahan Buku bagi sekolah yang masih kekurangan buku. Berdasarkan maklumat berkenaan, Sub Unit Buku Teks, JPN telah membuat pesanan tambahan tersebut kepada penerbit - penerbit yang berkaitan.
Buku - buku tersebut akan dihantar terus ke sekolah oleh penerbit berdasarkan borang permohonan. Pihak sekolah yang memohon akan menerima satu surat dari JPN beserta senarai buku yang akan dihantar.
Buku - buku tersebut akan dihantar terus ke sekolah oleh penerbit berdasarkan borang permohonan. Pihak sekolah yang memohon akan menerima satu surat dari JPN beserta senarai buku yang akan dihantar.
Wednesday, February 27, 2008
Penghantaran Penyata BTBT190
Semua Penyata BTBT190 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dihantar dengan tatacara berikut:
- Semua sekolah di bahagian PULAU hendaklah dihantar terus ke JPN (U.P - En Azhar Abdullah)
- Semua sekolah PPD Utara Tengah hendaklah dihantar terus ke PPD Utara tengah (U.P - Tn Hj Zahari Bin Sulaiman)
- Semua sekolah PPD Selatan hendaklah dihantar ke PPD Selatan (U.P - En Abdul Jalil Bin Sulaiman)
- Maklumat data asas sekolah
- Penyata bulanan
- Enrolmen murid yang terkini
- Penyata BTBT190 (salinan 1 dan 2)
Taklimat Pengisian 190 - Pesanan Buku Teks Kegunaan 2009
Taklimat ini bertujuan membuat pesanan buku teks bagi kegunaan tahun 2009.Taklimat ini akan bermula pada 18 Feb hingga 22 Feb 2008. Semua surat panggilan dan bahan bahan yang diperlukan akan dihantar ke PPD masing masing mulai 12 Feb.
- Semua Guru Kanan SPBT dikehendaki hadir semasa taklimat ini. Sebarang pertukaran atau gantian guru tidak dibenarkan. Ini untuk mengelakkan kesilapan semasa mengisi borang 190. Kesilapan ini akan menyebabkan sekolah akan mengalami kekurangan buku pada tahun 2009.
- Sila isi dengan lengkap bahan-bahan yang telah dibekalkan kepada sekolah.
- Lengkapkan stok buku yang terkini pada Lampiran Senarai Stok
- Bawa enrolmen murid yang terkini.
- Isikan borang unjuran murid dengan tepat.
- Pastikan pembukaan kelas baru pada tahun hadapan diisi dalam 'Borang Pembukaan Kelas Baru'. Sila bincang dengan Pengetua dan PK.
- Bagi sekolah menengah (elektif), pastikan senarai matapelajaran dan bilangan murid diisi dengan tepat.
- Isi Borang Maklumat Guu dengan lengkap beserta gambar dan serahkan semasa pendaftaran taklimat.
- Sila bawa bersama pen merah semasa menghadiri taklimat.
Tuesday, January 22, 2008
Taklimat Dan Agihan 1/2008
Taklimat dan Agihan Buku Teks 1/2008 akan dijalankan pada 29 hingga 31 Januari 2008.
- Sila bawa salinan permohonan tambahan (SPBTD2)
- Senarai buku lebih di sekolah (SPBTD1)
- Taklimat dan agihan akan bermula pada jam 2.30 ptg
- Semua sekolah dikehendaki hadir ke tempat yang telah ditetapkan. Sebarang pertukaran tidak dibenarkan

Kelayakan Pinjaman 100% 2008
Pada Pembentangan Bajet 2008, Kerajaan telah memutuskan bahawa mulai 1 Januari 2008 semua pelajar sekolah, warganegara Malaysia LAYAK menerima Skim Pinjaman Buku Teks tanpa pengira pendapatan ibubapa dan bilangan anak yang bersekolah. Maklumat SPBT Negeri :- Semua pesanan yang terdapat dalam Penyata BTBT460 akan dihantar oleh penerbit ke sekolah. Sekiranya pihak sekolah masih kekurangan buku, sila mohan tambahan kepada JPN. Sekolah yang masih belum menerima bekalan seperti dalam Penyata BTBT460, sila maklumkan di dalam forum. Nyatakan Nama Sekolah dan judul buku yang masih belum terima. Pelajar - pelajar yang berjaya menerima tawaran ke MRSM, perlu memulangkan buku teks kepada pihak sekolah. Pelajar - pelajar yang bertukar sekolah DI DALAM negeri boleh membawa buku teks ke sekolah baru.. Buku Teks boleh didapati di Syarikat Harfa, Seberang Jaya (Bersebelahan Hotel Sunway dan Ambank). Kepada mereka yang ingin membeli buku teks, boleh terus ke syarikat berkenaan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)