Monday, August 4, 2008

eMATEKS - PENTING!

Berdasarkan kepada laporan yang diterima, pihak JPN Pulau Pinang mendapati masih terdapat banyak sekolah yang masih belum membuat pelaporan eMATEKS. Kegagalan pihak sekolah untuk membuat laporan berkenaan akan menyukarkan pihak JPN dan kementerian untuk memantau pembekalan buku teks ke sekolah. Pihak sekolah diminta untuk membuat laporan eMATEKS dengan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Surat peringatan akan dihantar ke sekolah jika sekolah tersebut masih belum membuat sebarang laporan sehingga 15 Ogos ini. Sila muat turun panduan penerimaan jika ada sebarang masalah.