Friday, July 31, 2009

Buku Terbitan Baru BTBTB460

Terdapat sedikit kesilapan teknikal semasa proses pengedaran penyata buku terbitan baru BTBTB460.

Ada sekolah yang menerima cuma sehelai surat pemberitahuan penyata bekalan BTBTB460.Pihak sekolah sepatutnya menerima satu set sampul surat yang mengandungi surat serta penyata berkomputer buku terbitan baru kegunaan 2010.

Pihak sekolah akan menerima semula set lengkap berkenaan pada minggu hadapan.

Mohon maaf atas kesulitan.

Tuesday, July 28, 2009

Pelupusan Buku Teks

Pelupusan buku teks akan bermula dalam masa terdekat. Pihak kontraktor pelupusan akan mengambil buku di sekolah berdasarkan kelompok kelompok sekolah yang telah mendapat kelulusan JPN.

Pihak kontraktor akan menghubungi sekolah untuk menetapkan tarikh dan waktu untuk mengambil semua buku buku pelupusan. (pihak sekolah diminta memaklumkan kepada JPN waktu berkenaan agar pemantauan dapat dilakukan semasa proses mengambil buku)

Pihak sekolah akan menerima satu surat kelulusan serta borang borang yang berkaitan. Sila baca surat berkenaan dengan teliti dan ambil tindakan susulan dengan segera. Pihak kontraktor perlu menyerahkan surat berkenaan kepada sekolah, jangan benarkan buku buku diambil tanpa surat berkenaan.

Pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali untuk menghubungi pihak kontraktor untuk mengambil buku buku pelupusan.

Semua pelupusan hendaklah dipohon kepada JPN dengan menggunakan borang kew.PA17. (sila rujuk posting lepas)

Monday, July 20, 2009

Hati - hati panggilan palsu kad kredit!

Pagi ni saya telah terima satu panggilan telefon untuk mengesahkan satu transaksi kad kredit sebuah bank bernilai RM3500..sedangkan saya tak pernah ada kad kredit bank berkenaan pun.. Nasib baik tak panik dan tak beri sebarang maklumat. Di bawah sedikit panduan untuk semua agar tidak terjerat.( Di salin dari blog lain )

1. Penipu ini menggunakan telefon bernombor 03-2178xxxx(ni no. customer service)

2. Penipu akan menggunakan rakaman suara perempuan dan menyatakan bahawa kad kredit anda telah digunakan sebanyak bla,bla,bla...biasanya RM3600.00 dan penipu inginkan anda untuk mendail 1 utk kompem, 2 utk batal dan 5 utk bantuan dari customer service.

3. Anda yang telah kompius akan mendail 5 dan panggilan anda akan dijawab oleh seorang yang pelat bahasanya mirip berbangsa Cina.

4. Anda akan menerangkan bahawa kad kredit anda telah digunakan dan anda ingin mendapatkan lebih penjelasan.

5. Penipu akan menjawab yang kad kredit anda telah dicajkan sebanyak RM3600.00 di PohKong KLIA.

6. Anda akan panik, kemudian dia akan mengatakan bahawa kad kredit anda telah juga digunakan sebanyak RM2000.00 sebelum ini. Maka jumlahnya ialah RM5600.00.

7. Beliau akan menanyakan adakah kad kredit anda bernombor bla,bla (5455-1932-8653-2004 di pohon pada 02/04/09 di Plaza OSK). Anda akan menjawab tidak.

8. Penipu akan menyambungkan anda kepada Bahagian PEMALSUAN Kad Kredit BNM. (Camne dia sambung yer?...hehehehe.

9. Seorang perempuan akan menjawab panggilan tersebut seolah-olah beliau adalah staff Bank Negara.

10. Penipu akan menanyakan berberapa soalan berserta aku janji yang begitu meyakinkan seolah-olah anda seorang yang membuat laporan palsu dan akan menggertak anda dengan mengatakan bahawa sebarang laporan palsu akan membuatkan anda meringkuk dalam penjara.

11. Beliau akan bertanya.." Encik ada akaun bank @ kad kredit lain tak?"

12. .Anda akan menjawab ada. Dia akan meminta semua nombor kad-kad kredit dan nombor akaun bank anda.

13. Penipu akan menyuruh anda untuk tidak menggunakan kesemua kad-kad tersebut dalam masa 3 hari. Ini bertujuan untuk kononnya memerangkap penjenayah itu dalam masa terdekat jika penjenayah itu ada menggunakan kad kredit.

Ini semua adalah PENIPUAN!! JANGAN SEKALI KALI ANDA MEMBERIKAN KEPADA MEREKA NOMBOR-NOMBOR BERKAITAN BANK ANDA.

Bila terima panggilan seperti ini anda dinasihatkan supaya jangan panik. ada berberapa kesilapan yang dilakukan oleh penipu ini.

1.03-2178xxxx adalah nombor costumer service sebuah bank. Nombor ini hanya boleh digunakan untuk panggilan dari pelanggan sahaja dan bukannya DARI STAFF BANK!.

2.Pengesahan belian kad kredit bukan dari panggilan rakaman tetapi adalah panggilan LIVE CALL.

3.Bank staff tidak boleh menyambungkan panggilan anda terus ke Bank Negara tetapi anda akan diminta untuk menghubungi BNM.

4.Staff BNM mahir fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan English. Bukannya seperti menalifon kedai nombor ekor.

5.BNM ada semua maklumat peribadi anda dan mereka tidak perlu bertanya sebarang nombor berkaitan akaun bank atau kad kredit anda.

6.Kalau anda tak boleh guna ATM kad seperti yang dipinta selama 3 hari.....nak makan apa kalau duit tadak?.

7.Sila buat pengesahan balik dengan menalifon bank anda dengan menggunakan nombor lain.

8.Jika anda terbagi sebarang nombor.....sila batalkan/menukar kad anda dengan segera.

Yang penting jangan PANIK.

Thursday, July 16, 2009

PELUPUSAN

Pelupusan buku teks di sekolah akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik dalam masa terdekat.

Setelah dibuat semakan terhadap borang permohonan pelupusan (kew.pa 17) di dapati terdapat banyak sekolah yang tidak mengikuti prosedur permohonan yang telah ditetapkan.

Di bawah ini disenaraikan tatacara pengisian Borang Kew.PA 17 yang perlu diikuti dengan tepat :

Masukkan Kod Sekolah, Nama Sekolah serta no telefon pada bahagian Jabatan/Bahagian.

Isikan judul buku yang akan dilupuskan di ruangan Keterangan Aset dan berturutan ke halaman berikutnya. Untuk buku Pendidikan Islam sila guna helaian berasingan.

Masukkan bilangan serta jumlah buku, tahun pembelian dan tempoh digunakan (jumlahkan pada setiap muka surat dan jumlah besar di akhir muka surat).

Sediakan 7 salinan dan tandatangan pada setiap salinan.


Setelah kelulusan diterima, surat kelulusan dan lima salinan Kew.PA 17 akan dipulangkan ke sekolah oleh JPN.

Sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan semasa pengisian borang Kew.PA 17, borang tersebut akan dipulangkan kepada sekolah untuk di buat pembetulan semula.