Thursday, June 12, 2008

Laporan Kerosakan Buku Teks

Surat Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan Laporan Kerosan Buku Teks telah dihantar ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Laporan ini adalah untuk buku yang akan diterima bagi kegunaan 2009. Pihak sekolah dikehendaki memeriksa kualiti buku tersebut berdasarkan panduan yang diberikan. Sekiranya buku tersebut tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan, pihak sekolah perlu melengkapkan Borang LKSPBT dan hantar terus ke Bahagian Buku Teks.