Tuesday, August 12, 2008

Pelupusan Buku Teks

Borang borang pelupusan yang telah dihantar ke JPN kini sedang diproses. Pihak kontraktor pelupusan akan memungut buku buku berkenaan setelah mendapat kelulusan JPN mengikut kelompok masing masing. Pihak sekolah tidak dibenarkan untuk menghubungi kontraktor. Pihak sekolah juga dinasihatkan tidak menghantar borang yang sama untuk kali kedua untuk mengelakkan pertindihan kelulusan. Pastikan arahan pada surat kelulusan dipatuhi dan sila kembalikan perkara - perkara berkaitan ( seperti yang tercatat pada surat ) ke JPN dalam masa 7 hari daripada tarikh buku teks pelupusan diambil.