Sunday, October 24, 2010

MAKLUMAN DARI BAHAGIAN BUKU TEKS

CAPAIAN KE LAMAN WEB BBT

Tuan,

Terima kasih atas keprihatinan dan kesungguhan JPN, PPD dan guru dalam usaha untuk mengemaskini status pembekalan buku teks secara online. Walaubagaimanapun pihak kami dimaklumkan tentang masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam capaian ke laman web BBT terutamanya aplikasi Emateks dan Sisteksbbt Versi 2.

2. Setelah disiasat didapati, masalah tersebut berpunca setelah migrasi dr JITN ke TM berlaku. Walaubagaimanapun tidak semua sekolah menghadapi masalah tersebut. Oleh itu, pihak pengurusan Emateks di Sektor SPBT mengambil keputusan untuk memberi kelonggaran kepada sekolah yg tidak dapat mengakses aplikasi tersebut. Sekolah tersebut tidak perlulah mengemaskini status pembekalannya sehinggalah system tersebut dan talian internet ke KPM lebih stabil. Manakala sekolah-sekolah lain yang tiada masalah mengakses aplikasi Emateks (http://emateks.moe.gov.my/emateks) dikehendaki meneruskan pengemaskinian status pembekalan buku teks mereka.

3. Bagi aplikasi sisteksbbt v 2 pula, ia boleh dimuat turun terus dari laman web www.greensilicon.com/docs/sisteks kerana aplikasi yang terdapat di laman web BBT didapati telah korup atau rosak.

Sektor SPBT akan memaklumkan sebarang perubahan dari masa ke semasa.

Harap maklum dan maaf sekali lagi atas segala kesulitan yang dihadapi.

UMMIHANI BT HJ MOKHTAR

KETUA UNIT ZON UTARA, SEKTOR SPBT

BAHAGIAN BUKU TEKS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 1 - 3 , BLOK E15, PARCEL E

KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

TEL: 03 88844439

FAKS: 03 88886870

Thursday, September 2, 2010

Laman web baru untuk kemaskini data dalam eMATEKS:

http://emateks.moe.gov.my/emateks

Sila ambil perhatian. terima kasih

eMATEKS

Salam Sejahtera.

Laman web baru untuk kemaskini data dalam eMATEKS:

http://emateks.moe.gov.my

Sila ambil perhatian. terima kasih

Thursday, April 15, 2010

Pelupusan Buku Teks

Kepada sekolah yang masih belum membuat pelupusan buku teks, sila lakukan dan hantar borang permohonan (Kew PA 17) ke JPN dengan segera.

Harap maklum

Wednesday, March 10, 2010

Ucapan Penghargaan & Terima Kasih

Sub Unit SPBT, Unit HEM JPN merakam setinggi tinggi penghargaan dan dan jutaan terima kasih kepada semua guru SPBT dan pihak yang terlibat dalam menguruskan pengurusan SPBT di sekolah di awal tahun ini. Anda semua telah memberi kerjasama yang amat tinggi dalam memastikan murid murid di sekolah mempunyai buku teks dan membantu dalam menyelesaikan masalah kekurangan buku di sekolah.

Komitmen serta tanggungjawab yang ditunjukkan ini telah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid murid di sekolah tidak terganggu dan pembelajaran dapat berlaku dengan selesa.

Semoga kerjasama yang diberikan ini akan berterusan dan berkekalan

Terima kasih dari kami.

Thursday, February 4, 2010

PENGISIAN BTBT190 - PESANAN BUKU TEKS KEGUNAAN 2011

Kemaskini 6/3
Masih ada sekolah yang hantar Dokumen pesanan serta penyata BTBT190 ke JPN. Semua dokumen tersebut mesti dihantar ke PPD masing - masing. Pihak Sub Unit Buku Teks, unit HEM JPN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berlaku jika dihantar ke JPN.

Kemaskini 22/2
Laptop tak perlu bawa semasa taklimat. Sistem tak sempat disiapkan..terdapat beberapa masalah teknikal yang menyebabkan data data tidak tepat. Harap maklum.

Kemaskini 17/2

Tempat taklimat untuk sekolah sekolah daerah Barat Daya telah bertukar dari Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya ke SK Sungai Batu. Tarikh dan masa tidak berubah.

Bawa semua dokumen ke taklimat berkenaan. JANGAN hantar sebelum hadir taklimat berkenaan.

Penyata BTBT190 hanya akan diisi semasa taklimat diadakan.

Kemaskini 12/2
* Khas untuk buku terbitan baru sahaja (buku Komsas T1 dan T4, Bahasa Arab Tahun 3)- Sekolah yang mempunyai lebihan buku berkenaan, boleh membawa buku tersebut semasa menghadiri taklimat.

* Sebelum menghadiri taklimat, sila muat turun Borang Tuntutan Perjalanan dan cetak borang berkenaan. Sila bawa semasa menghadiri taklimat. Sila bawa bersama salinan buku bank (muka surat depan) dan salinan kat Touch n Go (jika berkenaan).

* Semua sekolah SJKT perlu hadir pada taklimat pada 1/3/2010 di BTPN , Pokok Sena.

*Isi borang Pengisian BTBT 190 sahaja (Borang berwarna). Borang BTBT190 hanya akan diisi semasa taklimat.

*Tarikh terkini telah dikemaskini
*Bawa komputer riba semasa menghadiri taklimat

Pengisian BTBT190 bagi pesanan buku teks kegunaan 2011 akan dijalankan mulai 22 Februari ini. Pengisian ini akan dilaksanakan mengikut kumpulan PPD masing masing dalam pecahan 6 kumpulan. Surat pemberitahuan mengenai taklimat ini kan dikeluarkan ke sekolah.

Sila datang pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan. Pertukaran tempat dan tarikh tidak dibenarkan.

24/2 - PPD Barat Daya

25/2 - PPD Seberang Perai Utara (1)
1/3 - PPD Seberang Perai Utara (2)

2/3 - PPD Seberang Perai Tengah (1)
3/3 - PPD Seberang Perai Tengah (2)

4/3 - PPD Seberang Perai Selatan

8/3 - PPD Timur Laut (1)
9/3 - PPD Timur Laut (2)

Tempat taklimat akan dimaklumkan dalam surat panggilan.
Surat panggilan taklimat akan dihantar ke sekolah bersama sama bahan - bahan taklimat. Pastikan anda mendapat :

- Penyata Pesanan BTBTR190
- Satu set dokumen pesanan (mengikut jenis sekolah)

Pihak tuan dikehendaki mengisi semua dokumen berkenaan dengan tepat.

- Borang Unjuran Murid
- Borang Matapelajaran Elektif (SMK shj)
- Borang Subjek Teknik/vokasional (SMT/V shj)
- Borang Pembukaan Kelas Baru 2011*
- Senarai stok

* Sila bincang dengan Pengetua/Guru Besar mengenai pembukaan kelas baru.

Bawa semua dokumen yang telah lengkap diisi semasa menghadir taklimat. Kegagalan pihak tuan mengisi dengan tepat akan mengakibatkan pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan buku pada tahun 2011.

Bahan taklimat juga boleh dimuat turun melalui link ini

Friday, January 29, 2010

Pesanan 2011

Sebagai persediaan untuk membuat pesanan buku teks kegunaan 2011, tuan puan dikehendaki untuk mengemaskini semua buku stok SPBT agar bilangan buku yang terkini dapat dikenalpasti. Segala maklumat mengenai persediaan pesanan dan bahan bahan mengenai taklimat pengisian akan dimaklumkan melalui laman ini. Sila layari untuk mengetahui maklumat terkini.

Terima kasih

Saturday, January 16, 2010

Kekurangan Buku

Kemaskini-

* Sila catatkan di ruangan catatan "buku telah diambil dari SK/SMK...." jika buku tersebut telah diambil dari sekolah lain.


Sila ambil perhatian.

Sekiranya didapati sekolah anda masih kekurangan buku teks, sila hubungi sekolah berdekatan sekiranya sekolah berkenaan mempunyai buku lebihan. Jika tindakan berkenaan masih belum dapat mengatasi masalah tersebut, pihak sekolah perlu:

- isi borang pengeluaran buku (SPBT D2)
- fax borang tersebut ke Unit HEM JPN - No fax : 04 652 1143
- Catatkan Untuk Perhatian :

Tn Hj Rubika B Ghazali (untuk sekolah menengah)
atau
En Azhar B Abdullah (untuk sekolah rendah)

Tindakan segera dan kerjasama amat dihargai.

Wednesday, January 6, 2010

Perpindahan Murid

Perpindahan murid dalam negeri, murid dikehendaki membawa bersama sama :

- Buku teks
- Buku BLA (aktiviti)

Bagi perpindahan murid antara negeri, rujuk katalog Buku Teks terbitan BBT bagi memastikan penggunaan buku teks dalam zon pengedaran buku teks yang sama. ( Rujuk surat arahan Pentadbiran KP.BT.8945/Jld.30/(13) bertarikh 12 Januari 2009

Pertukaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau sekolah swasta:

- Murid dikehendaki memulangkan semula buku teks kepada sekolah asal.


SILA RUJUK BUKU PANDUAN PENGURUSAN SPBT EDISI KEDUA, LAMPIRAN 3 (ms83 dan 84) - SURAT ARAHAN PENTADBIRAN

Sunday, January 3, 2010

PENGUMPULAN BUKU TEKS TINGKATAN PERALIHAN DAN TINGKATAN SATU

KEMASKINI 7/1

Untuk menghantar buku, sila ini borang SPBT D1 dalam dua salinan dan serahkan semasa menghantar buku buku berkenaan. Gunakan borang SPBT D2 untuk mengambil buku yang diperlukan.


KEMASKINI 5/1

Daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan
Tarikh : 7 Januari ( Khamis )
Tempat : SMK Tun Hussein Onn (bersebelahan Carrefour Seberang Perai)
Masa : 2.00 - 5.00 Petang

Daerah Timur Laut dan Barat Daya
Tarikh : 8 Januari ( Jumaat )
Tempat : SMK Bukit Jambul
Masa : 2.45 - 5.00 Petang


Sila bawa pembantu untuk mengangkat buku - buku.
Buku yang dihantar adalah buku yang masih baik dan bukannya buku untuk pelupusan. Buku yang rosak tidak akan diterima.



Perhatian kepada semua Guru SPBT Sekolah Menengah Sahaja.

Proses pengumpulan buku teks tingkatan peralihan dan tingkatan satu yang berlebihan disekolah akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Pihak sekolah hanya dibenarkan menyimpan lima naskah sahaja bagi setiap judul.

Memandangkan terdapat peningkatan murid tingkatan satu bagi beberapa sekolah disebabkan penempatan dan perpindahan murid, maka sekolah yang mempunyai lebihan buku tingkatan peralihan dan tingkatan satu perlu manghantar buku berkenaan.

Maklumat mengenai tempat dan tarikh pengumpulan akan dimaklumkan petang ini atau esok. Surat makluman akan dihantar ke sekolah dengan segera setelah kelulusan diperolehi.

Sila lawati laman ini dari masa ke semasa untuk maklumat terkini.

Terima kasih