Wednesday, February 27, 2008

Penghantaran Penyata BTBT190

Semua Penyata BTBT190 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dihantar dengan tatacara berikut:
  1. Semua sekolah di bahagian PULAU hendaklah dihantar terus ke JPN (U.P - En Azhar Abdullah)
  2. Semua sekolah PPD Utara Tengah hendaklah dihantar terus ke PPD Utara tengah (U.P - Tn Hj Zahari Bin Sulaiman)
  3. Semua sekolah PPD Selatan hendaklah dihantar ke PPD Selatan (U.P - En Abdul Jalil Bin Sulaiman)
Masukkan semua bahan - bahan yang diperlukan :
  • Maklumat data asas sekolah
  • Penyata bulanan
  • Enrolmen murid yang terkini
  • Penyata BTBT190 (salinan 1 dan 2)
ke dalam sampul surat dan hantar ke JPN dan PPD yang berkenaan sebelum 29 Februari 2008.

Taklimat Pengisian 190 - Pesanan Buku Teks Kegunaan 2009

Taklimat ini bertujuan membuat pesanan buku teks bagi kegunaan tahun 2009.Taklimat ini akan bermula pada 18 Feb hingga 22 Feb 2008. Semua surat panggilan dan bahan bahan yang diperlukan akan dihantar ke PPD masing masing mulai 12 Feb.

  • Semua Guru Kanan SPBT dikehendaki hadir semasa taklimat ini. Sebarang pertukaran atau gantian guru tidak dibenarkan. Ini untuk mengelakkan kesilapan semasa mengisi borang 190. Kesilapan ini akan menyebabkan sekolah akan mengalami kekurangan buku pada tahun 2009.
  • Sila isi dengan lengkap bahan-bahan yang telah dibekalkan kepada sekolah.
  • Lengkapkan stok buku yang terkini pada Lampiran Senarai Stok
  • Bawa enrolmen murid yang terkini.
  • Isikan borang unjuran murid dengan tepat.
  • Pastikan pembukaan kelas baru pada tahun hadapan diisi dalam 'Borang Pembukaan Kelas Baru'. Sila bincang dengan Pengetua dan PK.
  • Bagi sekolah menengah (elektif), pastikan senarai matapelajaran dan bilangan murid diisi dengan tepat.
  • Isi Borang Maklumat Guu dengan lengkap beserta gambar dan serahkan semasa pendaftaran taklimat.
  • Sila bawa bersama pen merah semasa menghadiri taklimat.