Tuesday, October 27, 2009

Sisteks V2:Panduan untuk membuat Pindahan Kelas

Pindahan Kelas atau kenaikan kelas boleh dibuat apabila diperlukan seperti hujung tahun atau awal tahun. Ianya perlu dilakukan setelah buku teks telah dipulangkan semula pada tahun semasa. Sila download panduan Pindahan Kelas di bawah dan ikut langkah langkah dengan betul.

Penting!! Sila buat 'backup' sebelum sebarang proses dijalankan.

Wednesday, October 7, 2009

Data keperluan tambahan buku teks sekolah 2010

*Penting!
Jika buku berkenaan tiada bekalan dalam BTBT460 tahun 2010, JANGAN tulis "0" pada ruangan A. Sila tulis bilangan yang terkini yang terdapat dalam buku stok pada ruangan A.

Tidak perlu menghantar Lampiran E sekiranya tiada keperluan tambahan buku teks

Sub Unit Buku Teks,JPN Pulau Pinang sedang mengumpul maklumat data keperluan tambahan buku teks di sekolah. Sekiranya terdapat pertambahan murid sehingga 31 September 2009, dan sekolah memerlukan tambahan buku teks, pihak sekolah boleh memohon dengan menghantar data keperluan buku tersebut dengan menggunakan Lampiran E yang perlu dimuat turun dari laman ini


Surat berkaitan pengumpulan data ini sedang dihantar ke sekolah.

Sila ikut arahan yang telah diberikan bagi melicinkan proses ini.

Lampiran E hendaklah di isi berdasarkan kepada dua dokumen iaitu enrolmen murid sehingga 31 September 2009 dan juga penyata bekalan buku teks 2010 (BTBT460)

Sub Unit SPBT berhak memotong data yang tidak munasabah dan tidak berpandukan kepada enrolmen serta penyata BTBT460.

Perkara yang perlu dihantar bersama:

Dua salinan Lampiran E
Satu salinan Enrolmen Murid
Satu salinan Penyata Bekalan Buku Teks 2010

Semua dokumen tersebut perlu dihantar kepada PPD masing-masing
(Untuk Perhatian: Pegawai HEM)

Perhatian. Borang yang tidak lengkap dan tidak disertakan salinan dokumen tidak akan diproses.

Terima kasih.

Sunday, October 4, 2009

Barkod Sisteks V2

Sedikit maklumat mengenai keadaan barkod Sisteks V2.

Sebelum anda cetak barkod tersebut, sila semak dahulu keadaan barkod anda. Di bawah adalah dua contoh barkod.









Barkod yang sebetulnya adalah seperti gambar di sebelah kiri. Ia perlu mengandungi kod buku serta nombor siri buku tersebut. Barkod yang salah adalah seperti di sebelah kanan yang hanya mempunyai nombor siri sahaja.

Jika anda mengalami keadaan seperti gambar di sebelah kanan, jangan cetak barkod berkenaan dahulu. Penyelesaiannya :

klik:

stok buku > merekod stok buku > carian > pilih tahun/tingkatan > senarai

> pilih buku yang berkenaan > senarai no siri buku

Pada "senarai no siri buku" akan dipaparkan semua no siri buku yang salah. Sila perhatikan butang pada bahagian bawah sekali, terdapat butang "Reset Senarai No Siri Buku"









klik:

> toggle selection > Reset Senarai No Siri Buku

Ia akan reset semula barkod agar menjadi betul ( Gambar kiri ). Tapi INGAT, INI HANYA BOLEH DILAKUKAN SEKIRANYA ANDA BELUM CETAK BARKOD TERSEBUT. SEKIRANYA ANDA TELAH BENCETAK BARKOD YANG SALAH, BARKOD BERKENAAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN LAGI. ANDA PERLU MENCETAK SEMULA BARKOD YANG BETUL.

Harap membantu, sebarang maklumbalas sila hantarkan ke forum . Terima kasih.

Thursday, October 1, 2009

Pertandingan Bilik BOSS Peringkat Kebangsaan 2009





















SK Keledang Jaya telah mewakili Pulau Pinang dalam pertandingan bilik BOSS peringkat kebangsaan tahun 2009 bagi kategori Sekolah Rendah. Penilaian telah dilakukan pada 1 Oktober 2009. Diharapkan semoga sekolah ini beroleh kejayaan.

Monday, September 14, 2009

eMATEKS

Sila ambil perhatian,

Pihak JPN mendapati masih banyak sekolah masih belum membuat pelaporan penerimaan bekalan buku teks secara online eMATEKS. Sekolah sekolah yang terlibat sila berbuat demikian dengan kadar segera bagi memudahkan pemantauan pihak JPN dan Bahagian Buku Teks, KPM. Kerjasama daripada pihak sekolah amatlah diharapkan.

Terima kasih.

Bekalan Buku Teks Kegunaan 2010

Rumusan bekalan buku teks kegunaan tahun 2010 sebagai rujukan.

BUKU TEKS CETAKAN SEMULA (BCS) BTBTR460

Buku - buku yang dibekalkan dalam kelompok ini adalah buku cetakan semula iaitu buku buku yang telah pun digunakan pada tahun 2009 dan tahun tahun sebelumnya.

BUKU TERBITAN BARU (BTB)

Buku buku terbitan baru ini adalah buku yang akan menggantikan buku sedia ada seperti pertukaran sukatan, perubahan dasar dan sebagainya. Ianya akan dikeluarkan mengikut kelompok seperti :

BTBTB460 (Kelompok X)
BTBTZ460 (Kelompok Z)
BTBTW460 (Kelompok W)

Sila ambil perhatian, BTBTB460 akan diterima oleh semua sekolah, manakala BTBTZ dan BTBTW hanya akan diterima oleh sekolah sekolah tertentu yang mengambil subjek subjek yang khusus sahaja ( cth : SABK, SMT )

Untuk mengetahu judul judul buku yang akan dibekalkan ke sekolah anda, sila semak semula Panduan Pengisian Pesanan Buku Teks 2009 yang telah dibekalkan ke sekolah awal tahun ini.

Monday, September 7, 2009

SisteksV2 - Buku Pesanan Baru 2010

Buku buku terbitan baru tidak terdapat dalam sistem sisteksV2. Oleh yang demikian, ia perlu didaftarkan dahulu ke dalam sistem sebelum stok dapat dimasukkan.

stok buku > merekod judul buku > MAKLUMAT BUKU

Butiran mengenai buku baru perlu diisikan di bahagian MAKLUMAT BUKU berdasarkan kepada invois yang diterima.

"Kod Judul" adalah ringkasan judul buku berkenaan.

Kemudian jangan lupa klik "Simpan Rekod"

Buku tersebut akan tersenarai pada Carian mengikut tahun/tingkatan. Pengisian stok boleh dilakukan seperti biasa.

Wednesday, August 12, 2009

8 Nilai 1 Malaysia




















1. BUDAYA KECEMERLANGAN

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

3. RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

5. KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

6. MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7. PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

8. INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

Tuesday, August 4, 2009

Influenza A(H1N1)

Dapatkan maklumat mengenai Influenza A(H1N1)

http://h1n1.moh.gov.my/

Sama - sama kita berusaha mencegah virus ini daripada merebak.

Friday, July 31, 2009

Buku Terbitan Baru BTBTB460

Terdapat sedikit kesilapan teknikal semasa proses pengedaran penyata buku terbitan baru BTBTB460.

Ada sekolah yang menerima cuma sehelai surat pemberitahuan penyata bekalan BTBTB460.Pihak sekolah sepatutnya menerima satu set sampul surat yang mengandungi surat serta penyata berkomputer buku terbitan baru kegunaan 2010.

Pihak sekolah akan menerima semula set lengkap berkenaan pada minggu hadapan.

Mohon maaf atas kesulitan.

Tuesday, July 28, 2009

Pelupusan Buku Teks

Pelupusan buku teks akan bermula dalam masa terdekat. Pihak kontraktor pelupusan akan mengambil buku di sekolah berdasarkan kelompok kelompok sekolah yang telah mendapat kelulusan JPN.

Pihak kontraktor akan menghubungi sekolah untuk menetapkan tarikh dan waktu untuk mengambil semua buku buku pelupusan. (pihak sekolah diminta memaklumkan kepada JPN waktu berkenaan agar pemantauan dapat dilakukan semasa proses mengambil buku)

Pihak sekolah akan menerima satu surat kelulusan serta borang borang yang berkaitan. Sila baca surat berkenaan dengan teliti dan ambil tindakan susulan dengan segera. Pihak kontraktor perlu menyerahkan surat berkenaan kepada sekolah, jangan benarkan buku buku diambil tanpa surat berkenaan.

Pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali untuk menghubungi pihak kontraktor untuk mengambil buku buku pelupusan.

Semua pelupusan hendaklah dipohon kepada JPN dengan menggunakan borang kew.PA17. (sila rujuk posting lepas)

Monday, July 20, 2009

Hati - hati panggilan palsu kad kredit!

Pagi ni saya telah terima satu panggilan telefon untuk mengesahkan satu transaksi kad kredit sebuah bank bernilai RM3500..sedangkan saya tak pernah ada kad kredit bank berkenaan pun.. Nasib baik tak panik dan tak beri sebarang maklumat. Di bawah sedikit panduan untuk semua agar tidak terjerat.( Di salin dari blog lain )

1. Penipu ini menggunakan telefon bernombor 03-2178xxxx(ni no. customer service)

2. Penipu akan menggunakan rakaman suara perempuan dan menyatakan bahawa kad kredit anda telah digunakan sebanyak bla,bla,bla...biasanya RM3600.00 dan penipu inginkan anda untuk mendail 1 utk kompem, 2 utk batal dan 5 utk bantuan dari customer service.

3. Anda yang telah kompius akan mendail 5 dan panggilan anda akan dijawab oleh seorang yang pelat bahasanya mirip berbangsa Cina.

4. Anda akan menerangkan bahawa kad kredit anda telah digunakan dan anda ingin mendapatkan lebih penjelasan.

5. Penipu akan menjawab yang kad kredit anda telah dicajkan sebanyak RM3600.00 di PohKong KLIA.

6. Anda akan panik, kemudian dia akan mengatakan bahawa kad kredit anda telah juga digunakan sebanyak RM2000.00 sebelum ini. Maka jumlahnya ialah RM5600.00.

7. Beliau akan menanyakan adakah kad kredit anda bernombor bla,bla (5455-1932-8653-2004 di pohon pada 02/04/09 di Plaza OSK). Anda akan menjawab tidak.

8. Penipu akan menyambungkan anda kepada Bahagian PEMALSUAN Kad Kredit BNM. (Camne dia sambung yer?...hehehehe.

9. Seorang perempuan akan menjawab panggilan tersebut seolah-olah beliau adalah staff Bank Negara.

10. Penipu akan menanyakan berberapa soalan berserta aku janji yang begitu meyakinkan seolah-olah anda seorang yang membuat laporan palsu dan akan menggertak anda dengan mengatakan bahawa sebarang laporan palsu akan membuatkan anda meringkuk dalam penjara.

11. Beliau akan bertanya.." Encik ada akaun bank @ kad kredit lain tak?"

12. .Anda akan menjawab ada. Dia akan meminta semua nombor kad-kad kredit dan nombor akaun bank anda.

13. Penipu akan menyuruh anda untuk tidak menggunakan kesemua kad-kad tersebut dalam masa 3 hari. Ini bertujuan untuk kononnya memerangkap penjenayah itu dalam masa terdekat jika penjenayah itu ada menggunakan kad kredit.

Ini semua adalah PENIPUAN!! JANGAN SEKALI KALI ANDA MEMBERIKAN KEPADA MEREKA NOMBOR-NOMBOR BERKAITAN BANK ANDA.

Bila terima panggilan seperti ini anda dinasihatkan supaya jangan panik. ada berberapa kesilapan yang dilakukan oleh penipu ini.

1.03-2178xxxx adalah nombor costumer service sebuah bank. Nombor ini hanya boleh digunakan untuk panggilan dari pelanggan sahaja dan bukannya DARI STAFF BANK!.

2.Pengesahan belian kad kredit bukan dari panggilan rakaman tetapi adalah panggilan LIVE CALL.

3.Bank staff tidak boleh menyambungkan panggilan anda terus ke Bank Negara tetapi anda akan diminta untuk menghubungi BNM.

4.Staff BNM mahir fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan English. Bukannya seperti menalifon kedai nombor ekor.

5.BNM ada semua maklumat peribadi anda dan mereka tidak perlu bertanya sebarang nombor berkaitan akaun bank atau kad kredit anda.

6.Kalau anda tak boleh guna ATM kad seperti yang dipinta selama 3 hari.....nak makan apa kalau duit tadak?.

7.Sila buat pengesahan balik dengan menalifon bank anda dengan menggunakan nombor lain.

8.Jika anda terbagi sebarang nombor.....sila batalkan/menukar kad anda dengan segera.

Yang penting jangan PANIK.

Thursday, July 16, 2009

PELUPUSAN

Pelupusan buku teks di sekolah akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik dalam masa terdekat.

Setelah dibuat semakan terhadap borang permohonan pelupusan (kew.pa 17) di dapati terdapat banyak sekolah yang tidak mengikuti prosedur permohonan yang telah ditetapkan.

Di bawah ini disenaraikan tatacara pengisian Borang Kew.PA 17 yang perlu diikuti dengan tepat :

Masukkan Kod Sekolah, Nama Sekolah serta no telefon pada bahagian Jabatan/Bahagian.

Isikan judul buku yang akan dilupuskan di ruangan Keterangan Aset dan berturutan ke halaman berikutnya. Untuk buku Pendidikan Islam sila guna helaian berasingan.

Masukkan bilangan serta jumlah buku, tahun pembelian dan tempoh digunakan (jumlahkan pada setiap muka surat dan jumlah besar di akhir muka surat).

Sediakan 7 salinan dan tandatangan pada setiap salinan.


Setelah kelulusan diterima, surat kelulusan dan lima salinan Kew.PA 17 akan dipulangkan ke sekolah oleh JPN.

Sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan semasa pengisian borang Kew.PA 17, borang tersebut akan dipulangkan kepada sekolah untuk di buat pembetulan semula.

Thursday, June 18, 2009

BTBTR460- Pesanan Buku Cetak Semua Kegunaan 2010

Penyata BTBTR460 Pesanan Cetak Semula telah dihantar ke PPD masing masing. Penghantaran buku oleh penerbit sedang dilakukan sekarang.

Sila terima buku yang dihantar berdasarkan penyata BTBTR460 yang diterima.

Sila muat turun Panduan Penerimaan Bekalan dilaman ini sebagai panduan penerimaan buku teks. Baca dengan teliti dan patuhi prosedur berkenaan.

Sekiranya terdapat pertambahan murid, sila tunggu sehingga semua buku telah dibekalkan ke sekolah. Senaraikan buku buku yang kurang dan isikan borang permohonan (SPBTD2) dan hantar melalui PPD masing-masing.


Sekiranya sekolah masih belum terima penyata BTBTR460 sila sms dgn segera.

Sila buat pelaporan penerimaan bekalan secara ON LINE eMATEKS setiap masa setelah buku dihantar oleh pembekal.

Apabila semua buku bekalan tahun 2010 diterima, tandatangan penyata BTBTR460 berkenaan dan hantar salinan pertama ke JPN, salinan ke dua ke PPD dan salinan ke tiga simpanan sekolah.

Tuesday, May 12, 2009

Kursus Pengurusan SPBT Kepada Guru SPBT Baru Sekolah Rendah












Kursus berkenaan akan di adakan di Pulau Langkawi bermula 25 hingga 28 Mei ini.

Ianya adalah dikhaskan kepada guru guru SPBT baru yang masih belum mengikuti kursus pengurusan.

Surat panggilan telah dikeluarkan. Guru guru digalakkan untuk membawa laptop semasa menghadiri kursus ini.

Thursday, May 7, 2009

Tahniah!


















Diucapkan setinggi tinggi penghargaan dan tahniah kepada guru guru SPBT yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 yang di adakan hari ini di Kompleks Lembaga Tabung Haji, Bayan Lepas pada satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009. Kelihatan ramai guru guru SPBT Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya telah melangkah ke atas pentas untuk menerima sijil anugerah masing masing. Diharapkan dengan penganugerahan ini akan membakar semangat mereka untuk terus gigih berkhidmat dan sebagai inspirasi kepada guru - guru yang lain.

Di paparkan diantara gambar gambar yang sempat dirakamkan.

Thursday, April 9, 2009

Stok BOSD

Kepada semua penyelaras BOSD Pulau Pinang, Bahagian Buku Teks memerlukan senarai stok BOSD sehingga 15 Mei. Minta kerjasama semua penyelaras agar mengemaskinikan stok masing-masing dan hantar stok tersebut ke Unit HEM, JPN sebelum 30 Mei. Kerjasama adalah sangat diharapkan.

Terima kasih.

Tuesday, March 3, 2009

Proses "Key In" BTBT190

























Gambar sekitar proses 'key in' pesanan buku teks kegunaan 2010

Sunday, February 22, 2009

Peringatan..

Semua Penyata 190 perlu dihantar ke PPD masing-masing.

HANTAR SALINAN 1 DAN 2 KE :

PPD UTARA
U.P : EN ADNAN BIN IDRIS, PEGAWAI HEM PPD

PPD TENGAH
U.P : TN HJ ZAHARI BIN SULAIMAN, PEGAWAI HEM PPD

PPD SELATAN
U.P : EN MAT SAAD BIN OSMAN, PEGAWAI HEM PPD

PPD TIMUR LAUT
U.P : EN ABDUL RAHIM BIN ARIFFIN, PEGAWAI HEM PPD

PPD BARAT DAYA
U.P : EN IBRAHIM BIN KASA, PEGAWAI HEM PPD

SALINAN 3 SIMPANAN SEKOLAH. HANTAR SEBELUM 27 FEBRUARI.

Borang data asas sekolah ( cover bewarna ) yang masih belum hantar, perlu dihantar ke Unit Hem, JPN dengan segera beserta borang maklumat guru kanan SPBT.

Friday, January 30, 2009

TAKLIMAT PENGISIAN BTBT190 - PESANAN BUKU TEKS KEGUNAAN 2010

Taklimat berkenaan akan diadakan mulai 10 Feb hingga 18 Feb. Semua sekolah akan menerima surat panggilan melalui PPD masing masing. Bersama sama surat panggilan tersebut telah dibekalkan set borang yang perlu diisi dengan penuh ketelitian. Sila berbincang dengan Pengetua/Guru Besar atau Penolong Kanan berkaitan bilangan murid serta pembukaan kelas baru. Set borang yang telah lengkap diisi perlu dibawa ke taklimat berkenaan. SILA ISI DENGAN LENGKAP.

Sekolah tidak dibenarkan untuk menghantar lebih dari seorang guru, hanya seorang sahaja yang dibenarkan. Tarikh taklimat adalah muktamat. Tidak dibenarkan guru guru untuk menukar tarikh berkenaan.

Sila baca dengan teliti panduan yang disertakan. Kegagalan pihak sekolah untuk mengisi data dengan betul, tepat dan lengkap akan mengakibatkan pembekalan buku teks ke sekolah berkenaan tidak tepat.

Sekiranya memerlukan borang borang berkenaan sila download :

Panduan Pengisian

Borang Maklumat Guru perlu dihantar semasa taklimat.

Bawa senarai judul buku lebihan di sekolah dan senarai keperluan buku tambahan (SPBTD2), jika ada ke taklimat berkenaan.

Sila layari laman ini untuk maklumat terkini berkenaan Taklimat Pengisian BTBT190

Sunday, January 4, 2009

PELUPUSAN 2009

Berkuatkuasa 1 Januari 2009, semua permohonan pelupusan dikehendaki menggunakan Borang KEW.PA-17. Semua permohonan pelupusan yang telah dihantar ke jabatan dan belum menerima kelulusan, dihendaki mengisi semula dengan menggunakan borang KEW.PA-17 (Arahan Pentadbiran)

Sila download borang KEW.PA-17 dan contoh pengisian pada ruangan "Muat Turun".

Gunakan borang yang berasingan bagi pelupusan buku buku Pendidikan Islam.

- KEW.PA-17
- Contoh Pengisian

Selamat Tahun Baru Dan Selamat Bertugas

Selamat bertugas kepada semua guru - guru SPBT. Sememangnya pada awal persekolahan ini banyak cabaran yang bakal diterima. Namun diharapkan semua bersabar dan dapat menangani cabaran tersebut dengan rasional dan profesional.
Semua sekolah sepatutnya telah menerima Surat Arahan Pentadbiran berkaitan SPBT. Sila rujuk kepada Guru Besar atau Pengetua untuk mendapatkannya.

Semua sekolah yang telah memohan pesanan tambahan akibat pertambahan murid perlu bersedia menerima arahan untuk mengambil buku buku yang diperlukan seawal persekolahan dibuka.Sila bawa pembantu secukupnya semasa mengambil buku berkenaan.

Sila rujuk sekolah yang berhampiran sekiranya terdapat lebihan di sekolah tersebut.

Sekolah yang telah memohon dengan menghantar borang dinasihatkan tidak menghantar untuk kali kedua untuk mengelakkan pertindihan.

Murid yang berpindah di dalam negeri Pulau Pinang wajib membawa buku buku teks SPBT ke sekolah baru.

Murid yang berpindah ke luar negeri, buku teks yang digunakan dalam zon yang sama atau judul dan penerbit yang sama perlu dibawa bersama. Buku lain perlu dipulangkan kepada sekolah
( sila rujuk katalog buku teks )

Pelajar yang berpindah ke Sekolah Menengah Teknik/Vokasional, MRSM perlu memulangkan buku teks ke sekolah asal.

*Sila hubungi Tn Hj Rubika atau En Azhar. Jika tiada jawapan, sms maklumat kekurangan buku buku berkenaan secara ringkas.