Semua sekolah di Pulau Pinang dikehendaki untuk membuat laporan Penerimaan Bekalan Buku Teks secara on line. Cara untuk membuat laporan ini terdapat di dalam Panduan Penerimaan Buku Teks di bahagian Muat Turun. Sila copy dan paste URL di bawah atau klik pautan eMATEKS untuk ke laman web tersebut.
http://www.bbtcentral.moe.gov.my/emateks
Monday, June 30, 2008
Thursday, June 26, 2008
Panduan Penerimaan Bekalan Buku Teks
Sub Unit Buku Teks, JPN mendapati terdapat ramai guru - guru SPBT yang masih kurang memahami tatacara penerimaan bekalan buku teks. Ini berlaku mungkin disebabkan pertukaran guru SPBT berkenaan. Ada guru yang menghantar semula penyata 460 yang diterima ke Unit HEM sebelum penerimaan buku teks berakhir. Oleh yang demikian, semua sekolah perlu memuat turun Panduan Penerimaan Bekalan Buku teks dan meneliti serta mamatuhi tatacara penerimaan tersebut. Panduan itu boleh di dapati pada ruangan "Muat Turun"
Sunday, June 15, 2008
Maklumat Penting!
Makluman penting kepada semua guru-guru dan murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang menggunakan Buku Teks Mathematics Year 6, Mathematics Year 5 dan Science Year 5 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila copy dan paste pautan ini :
http://www.moe.gov.my/bbt/makluman_erata.php
http://www.moe.gov.my/bbt/makluman_erata.php
Thursday, June 12, 2008
Laporan Kerosakan Buku Teks
Surat Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan Laporan Kerosan Buku Teks telah dihantar ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Laporan ini adalah untuk buku yang akan diterima bagi kegunaan 2009. Pihak sekolah dikehendaki memeriksa kualiti buku tersebut berdasarkan panduan yang diberikan. Sekiranya buku tersebut tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan, pihak sekolah perlu melengkapkan Borang LKSPBT dan hantar terus ke Bahagian Buku Teks.
Pesanan Buku Teks Kegunaan 2009
Pihak sekolah sepatutnya telah menerima penyata pesanan buku teks kegunaan 2009 BTBTR460. Pihak sekolah akan menerima buku berdasarkan penyata berkenaan. Sila semak penyata tersebut dan sila ikut garis panduan penerimaan buku teks. Panduan tersebut boleh di perolehi di ruangan 'Muat turun'. Pihak jabatan memohon pihak sekolah agar panduan penerimaan ini diikuti sepenuhnya.
Bagi sekolah yang belum menerima penyata berkenaan, sila hubungi Sub Unit SPBT di Unit HEM, JPN dengan segera.
Terima kasih.
Bagi sekolah yang belum menerima penyata berkenaan, sila hubungi Sub Unit SPBT di Unit HEM, JPN dengan segera.
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)