Tuesday, January 22, 2008

Taklimat Dan Agihan 1/2008

Taklimat dan Agihan Buku Teks 1/2008 akan dijalankan pada 29 hingga 31 Januari 2008.
  • Sila bawa salinan permohonan tambahan (SPBTD2)
  • Senarai buku lebih di sekolah (SPBTD1)
  • Taklimat dan agihan akan bermula pada jam 2.30 ptg
  • Semua sekolah dikehendaki hadir ke tempat yang telah ditetapkan. Sebarang pertukaran tidak dibenarkan
Sila rujuk jadual dibawah:

Kelayakan Pinjaman 100% 2008

Pada Pembentangan Bajet 2008, Kerajaan telah memutuskan bahawa mulai 1 Januari 2008 semua pelajar sekolah, warganegara Malaysia LAYAK menerima Skim Pinjaman Buku Teks tanpa pengira pendapatan ibubapa dan bilangan anak yang bersekolah.


Maklumat SPBT Negeri :-

Semua pesanan yang terdapat dalam Penyata BTBT460 akan dihantar oleh penerbit ke sekolah. Sekiranya pihak sekolah masih kekurangan buku, sila mohan tambahan kepada JPN.

Sekolah yang masih belum menerima bekalan seperti dalam Penyata BTBT460, sila maklumkan di dalam forum. Nyatakan Nama Sekolah dan judul buku yang masih belum terima.

Pelajar - pelajar yang berjaya menerima tawaran ke MRSM, perlu memulangkan buku teks kepada pihak sekolah.

Pelajar - pelajar yang bertukar sekolah DI DALAM negeri boleh membawa buku teks ke sekolah baru..

Buku Teks boleh didapati di Syarikat Harfa, Seberang Jaya (Bersebelahan Hotel Sunway dan Ambank). Kepada mereka yang ingin membeli buku teks, boleh terus ke syarikat berkenaan.