Sunday, October 4, 2009

Barkod Sisteks V2

Sedikit maklumat mengenai keadaan barkod Sisteks V2.

Sebelum anda cetak barkod tersebut, sila semak dahulu keadaan barkod anda. Di bawah adalah dua contoh barkod.









Barkod yang sebetulnya adalah seperti gambar di sebelah kiri. Ia perlu mengandungi kod buku serta nombor siri buku tersebut. Barkod yang salah adalah seperti di sebelah kanan yang hanya mempunyai nombor siri sahaja.

Jika anda mengalami keadaan seperti gambar di sebelah kanan, jangan cetak barkod berkenaan dahulu. Penyelesaiannya :

klik:

stok buku > merekod stok buku > carian > pilih tahun/tingkatan > senarai

> pilih buku yang berkenaan > senarai no siri buku

Pada "senarai no siri buku" akan dipaparkan semua no siri buku yang salah. Sila perhatikan butang pada bahagian bawah sekali, terdapat butang "Reset Senarai No Siri Buku"









klik:

> toggle selection > Reset Senarai No Siri Buku

Ia akan reset semula barkod agar menjadi betul ( Gambar kiri ). Tapi INGAT, INI HANYA BOLEH DILAKUKAN SEKIRANYA ANDA BELUM CETAK BARKOD TERSEBUT. SEKIRANYA ANDA TELAH BENCETAK BARKOD YANG SALAH, BARKOD BERKENAAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN LAGI. ANDA PERLU MENCETAK SEMULA BARKOD YANG BETUL.

Harap membantu, sebarang maklumbalas sila hantarkan ke forum . Terima kasih.

Thursday, October 1, 2009

Pertandingan Bilik BOSS Peringkat Kebangsaan 2009





















SK Keledang Jaya telah mewakili Pulau Pinang dalam pertandingan bilik BOSS peringkat kebangsaan tahun 2009 bagi kategori Sekolah Rendah. Penilaian telah dilakukan pada 1 Oktober 2009. Diharapkan semoga sekolah ini beroleh kejayaan.

Monday, September 14, 2009

eMATEKS

Sila ambil perhatian,

Pihak JPN mendapati masih banyak sekolah masih belum membuat pelaporan penerimaan bekalan buku teks secara online eMATEKS. Sekolah sekolah yang terlibat sila berbuat demikian dengan kadar segera bagi memudahkan pemantauan pihak JPN dan Bahagian Buku Teks, KPM. Kerjasama daripada pihak sekolah amatlah diharapkan.

Terima kasih.

Bekalan Buku Teks Kegunaan 2010

Rumusan bekalan buku teks kegunaan tahun 2010 sebagai rujukan.

BUKU TEKS CETAKAN SEMULA (BCS) BTBTR460

Buku - buku yang dibekalkan dalam kelompok ini adalah buku cetakan semula iaitu buku buku yang telah pun digunakan pada tahun 2009 dan tahun tahun sebelumnya.

BUKU TERBITAN BARU (BTB)

Buku buku terbitan baru ini adalah buku yang akan menggantikan buku sedia ada seperti pertukaran sukatan, perubahan dasar dan sebagainya. Ianya akan dikeluarkan mengikut kelompok seperti :

BTBTB460 (Kelompok X)
BTBTZ460 (Kelompok Z)
BTBTW460 (Kelompok W)

Sila ambil perhatian, BTBTB460 akan diterima oleh semua sekolah, manakala BTBTZ dan BTBTW hanya akan diterima oleh sekolah sekolah tertentu yang mengambil subjek subjek yang khusus sahaja ( cth : SABK, SMT )

Untuk mengetahu judul judul buku yang akan dibekalkan ke sekolah anda, sila semak semula Panduan Pengisian Pesanan Buku Teks 2009 yang telah dibekalkan ke sekolah awal tahun ini.

Monday, September 7, 2009

SisteksV2 - Buku Pesanan Baru 2010

Buku buku terbitan baru tidak terdapat dalam sistem sisteksV2. Oleh yang demikian, ia perlu didaftarkan dahulu ke dalam sistem sebelum stok dapat dimasukkan.

stok buku > merekod judul buku > MAKLUMAT BUKU

Butiran mengenai buku baru perlu diisikan di bahagian MAKLUMAT BUKU berdasarkan kepada invois yang diterima.

"Kod Judul" adalah ringkasan judul buku berkenaan.

Kemudian jangan lupa klik "Simpan Rekod"

Buku tersebut akan tersenarai pada Carian mengikut tahun/tingkatan. Pengisian stok boleh dilakukan seperti biasa.

Wednesday, August 12, 2009

8 Nilai 1 Malaysia




















1. BUDAYA KECEMERLANGAN

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

3. RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

5. KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

6. MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7. PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

8. INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

Tuesday, August 4, 2009

Influenza A(H1N1)

Dapatkan maklumat mengenai Influenza A(H1N1)

http://h1n1.moh.gov.my/

Sama - sama kita berusaha mencegah virus ini daripada merebak.