Thursday, October 23, 2008

Taklimat SisteksBBT Ver.2 Kumpulan 7 & 8

Taklimat tersebut akan dihadiri oleh guru guru SPBT sekolah menengah dan rendah daerah Timur Laut. Kumpulan 7 pada 10 dan 11 November dan kumpulan 8 pada 12 dan 13 November. Surat panggilan akan dihantar ke sekolah masing masing. Sebagai peringatan semasa menghadiri taklimat, sila bawa:

- komputer riba
- 'extension cable'
- Data SMM dalam disket atau 'pendrive'(datahem.zip)
- Senarai stok buku
- Senarai nama guru kelas

Monday, October 20, 2008

Update SisteksBBT Ver.2

Program SisteksBBT Ver.2 ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Oleh itu guru guru boleh download sistem yang terkini dari laman web (di bawah). Sila download sistem yang terkini (lihat tarikh kemaskini) dan install semula ke dalam komputer anda. Tapi sebelum install, perlu dibuat backup/eksport dahulu data yang sedia ada dan restore/import data tersebut semula setelah selesai install. Ini PENTING kerana semasa proses install berlaku, ia akan padam semua data yang ada dalam komputer. Sila ikut prosedur yang diberikan semasa taklimat.

http://www.greensilicon.com/docs/sisteks/

download :
sisteksv2.exe

Taklimat SisteksBBT Ver.2 Kumpulan 5 & 6

















Taklimat ini diadakan pada 20,21 dan 22,23 Oktober 2008. Kumpulan 5 adalah untuk guru guru SPBT sekolah rendah kawasan utara dan kumpulan 6 untuk guru guru SPBT sekolah menengah sekolah di kawasan seberang perai. Dua Penolong Pengarah dari Bahagian Buku Teks, En NIk MOhd Fakhruddin dan En kamaruddin telah sudi hadir menyampaikan taklimat tersebut.

Sunday, October 19, 2008

Kursus Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Kepada Guru SPBT Baru









Kursus tersebut telah di adakan di Kondo Istana, Langkawi pada 13 hingga 15 Oktober 2008. Ia disertai oleh guru guru SPBT yang baru dilantik dan mereka yang belum pernah menghadiri kursus pengurusan SPBT. Mereka didedahkan kepada panduan asas bagaimana untuk menguruskan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah masing masing. Turut hadir menyampaikan kursus tersebut adalah En Mohd Nik Fakhruddin b Nik Ab Rahman, Penolong Pengarah, Sektor Skim Pinjaman Buku Teks, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.