Tuesday, August 26, 2008

Taklimat SisteksBBT Ver.2 Kum. 4

Taklimat SisteksBBT Ver.2 Kumpulan 4 bagi sekolah - sekolah daerah Tengah di adakan di bilik mesyuarat PPD Seberang Perai Tengah pada 27 dan 28 Ogos 2008. Dua orang pegawai dari BBT, En Saifuddin dan En Sazlan telah dijemput untuk memberi taklimat ini. Kehadiran taklmat ini terdiri daripada guru guru SPBT Sekolah Rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seramai 47 orang.

Taklimat seterusnya akan dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Wednesday, August 20, 2008

Buku Terbitan Baru Kegunaan 2009

Buku buku yang disenaraikan di bawah adalah buku terbitan baru untuk kegunaan tahun 2009.Penyata bekalan BTBTB460 telah diedarkan ke sekolah. Ada juga sekolah yang akan menerima penyata bekalan BTBTZ460. Sila semak pesanan dan bekalan sekolah masing masing.

.: B412057 BAHASA ARAB TAHUN 2 SK (BT)
.: B412068 BAHASA ARAB TAHUN 2 SK (BLA)
.: B033047 BAHASA CINA TABUN 2 SK
.: B043041 BAHASA TAMIL TAHUN 3 SK
.: F085069 PEND. SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 5
.: F412084 BAHASA ARAB TINGKATAN 2

Tuesday, August 12, 2008

Berita Kursus SisteksBBT ver.2 dalam EDUWEBTV


Kursus SisteksBBT ver.2 Daerah Barat Daya.
Sila layari pautan di bawah untuk berita penuh (news 10 August)

www.eduwebtv.com

Pelupusan Buku Teks

Borang borang pelupusan yang telah dihantar ke JPN kini sedang diproses. Pihak kontraktor pelupusan akan memungut buku buku berkenaan setelah mendapat kelulusan JPN mengikut kelompok masing masing. Pihak sekolah tidak dibenarkan untuk menghubungi kontraktor. Pihak sekolah juga dinasihatkan tidak menghantar borang yang sama untuk kali kedua untuk mengelakkan pertindihan kelulusan. Pastikan arahan pada surat kelulusan dipatuhi dan sila kembalikan perkara - perkara berkaitan ( seperti yang tercatat pada surat ) ke JPN dalam masa 7 hari daripada tarikh buku teks pelupusan diambil.

Monday, August 4, 2008

eMATEKS - PENTING!

Berdasarkan kepada laporan yang diterima, pihak JPN Pulau Pinang mendapati masih terdapat banyak sekolah yang masih belum membuat pelaporan eMATEKS. Kegagalan pihak sekolah untuk membuat laporan berkenaan akan menyukarkan pihak JPN dan kementerian untuk memantau pembekalan buku teks ke sekolah. Pihak sekolah diminta untuk membuat laporan eMATEKS dengan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Surat peringatan akan dihantar ke sekolah jika sekolah tersebut masih belum membuat sebarang laporan sehingga 15 Ogos ini. Sila muat turun panduan penerimaan jika ada sebarang masalah.

Sunday, August 3, 2008

Taklimat SisteksBBT Ver.2 Kumpulan 3



Taklimat ini akan di adakan di SK Balik Pulau pada 5 dan 6 Ogos 2008. Pegawai - pegawai dari Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran telah dijemput untuk memberikan taklimat tersebut. Taklimat ini akan dihadiri oleh guru - guru SPBT sekolah SK, SJKC, SJKT dan dua SMK dari daerah barat daya. Sila bawa bahan - bahan yang disenaraikan.

- Sila eksport data SMM yg terkini dalam bentuk Zip file ke dalam disket atau
'pendrive'
- Bawa laptop yang masih berfungsi dengan baik.