Friday, July 25, 2008

Taklimat Sisteks BBT Ver.2 Kumpulan 2




Taklimat tersebut akan diadakan di SK Seri Tasek, Seberang Perai Selatan. Taklimat ini adalah untuk guru guru SPBT SK, SJKC dan SJKT daerah Seberang Perai Selatan sahaja. Surat panggilan telah dihantar ke sekolah masing masing. Sila bawa bahan bahan seperti yang dinyatakan di dalam surat. Pastikan juga laptop yang dibawa berfungsi dengan baik.

Monday, July 14, 2008

Taklimat SisteksBBT Ver.2 Kumpulan 1

Taklimat SisteksBBT Ver.2 kumpulan 1 akan diadakan pada 16 dan 17 Julai di PPD Selatan. Peserta kumpulan 1 terdiri daripada Penyelaras BOSD dan Jurulatih Utama. Surat panggilan telah pun dihantar ke sekolah. Para peserta dikehendaki membawa bahan - bahan berikut semasa menghadiri taklimat :
- Komputer Laptop
- "extension cable"
- Data HEM yang telah dikemaskini
- Senarai stok

Wednesday, July 9, 2008

Pertandingan Bilik BOSS Peringkat Kebangsaan 2008






Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau dan Sekolah Kebangsaan Seri Tasek telah di calonkan untuk mewakili negeri Pulau Pinang dalam Pertandingan Bilik BOSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 bagi kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan. Penilaian telah diadakan pada 9 dan 10 Julai dan diadili oleh dua orang pegawai dari Bahagian Buku Teks iaitu En. Mohd Helmi B Mahat dan En Kamaruddin B. Ismail.