Saturday, March 29, 2008

Keperluan Tambahan Buku Teks 2008

Pada Taklimat Pengisian Borang Pesanan 190 - Pesanan Buku Teks kegunaan 2009 yang lalu, sekolah dikehendaki mengisi borang Tambahan Buku bagi sekolah yang masih kekurangan buku. Berdasarkan maklumat berkenaan, Sub Unit Buku Teks, JPN telah membuat pesanan tambahan tersebut kepada penerbit - penerbit yang berkaitan.

Buku - buku tersebut akan dihantar terus ke sekolah oleh penerbit berdasarkan borang permohonan. Pihak sekolah yang memohon akan menerima satu surat dari JPN beserta senarai buku yang akan dihantar.